Operasi Potong 'Q' - Polis Seremban saman 23 kenderaan potong barisan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Sinar Harian
Polis Trafik mengeluarkan saman kepada 23 individu yang didapati memotong kenderaan lain melalui Operasi Potong 'Q' di Jalan Seremban - Bukit Nenas di sini pada Sabtu lalu.


Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban pada jam 7.45 pagi itu turut membabitkan 40 saman lain di atas pelbagai kesalahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, lokasi itu kerap dilaporkan berlaku kesalahan potong 'Q' (barisan) dan ia merupakan satu kesalahan lalu lintas yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

 


Menurutnya, melalui pemeriksaan terhadap 51 buah kenderaan, 23 kesalahan memotong 'Q', tiada lesen memandu (5), aksesori (6), lesen kenderaan motor (3) dan gagal menunjukkan lesen (3).

 

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan kerana tindakan memotong barisan boleh menyusahkan orang lain," katanya.

 

 

 

Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut komen, kejadian tersebut berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.…
Informasi
  Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334,…
Berita Domestik
Selaras dengan reputasinya, king Myvi baru-baru ini sekali lagi cuba mempertahankan takhtanya namun…