Penggunaan kamera digital untuk membaca plet nombor adalah salah satu cara untuk memastikan pembayaran tol secara RFID. Sistem itu akan menggunakan kamera untuk membaca nombor plet sekiranya sistem RFID tanpa palang tidak dapat membaca kod kenderaan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata operasi yang dilakukan sepanjang bulan November itu akan diteruskan dengan tekad “zero tolerance” agar jenayah remeh ini boleh terus dielakkan.
Op Khas Nombor Pendaftaran yang berlangsung dari 1-30 November lalu menyaksikan 7,874 saman dilayangkan atas kesalahan nombor “fancy” sementara 2,112 kesalahan pula berkaitan tidak mempunyai nombor pendaftaran. 14,923 saman lagi pula ialah untuk nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.
Motosikal, seperti dijangka merangkumi majoriti kesalahan nombor pendaftaran - 49.45 peratus atau 12,318 saman dan 24,909 jumlah saman keseluruhan sepanjang operasi.
Kesalahan plet nombor boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama Seksyen 119 akta yang sama.
Kerajaan Malaysia sehingga kini enggan menggunakan plet nombor seragam seperti yang digunakan oleh majoriti negara di seluruh dunia. Ini mungkin kerana Malaysia mempunyai cukup anggota keselamatan untuk melakukan operasi remeh ini ataupun pemimpin negara yang prihatin kepada pembuat nombor plet tempatan.