Operasi penuh MRT3 pada 2030, caj kesesakan mungkin akan dilaksanakan di KL

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Star
Caj kesesakan mungkin akan dilaksanakan untuk sesiapa yang ingin memasuki bandar raya Kuala Lumpur setelah keseluruhan jajaran projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT3) beroperasi sepenuhnya pada 2030.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar, bayaran kesesakan kenderaan serta struktur pembayaran parkir apabila sistem jaringan pengangkutan awam sudah lengkap diwujudkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berhubung hasrat kerajaan mengenakan caj kesesakan memasuki bandar raya Kuala Lumpur setelah MRT3 siap pada masa depan.
 

MRT3


Menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut), MRT3 dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2030, dengan fasa pertama dibuka seawal Disember 2028 tertakluk kepada proses pengambilan tanah.

Projek MRT3 merupakan laluan lingkaran yang meliputi perimeter luar bandar raya Kuala Lumpur dengan jarak sepanjang 51 kilometer merentasi rangkaian rel sedia ada termasuklah MRT1, MRT1, LRT, monorel dan KTM Komuter.

80 peratus daripada keseluruhan jajaran merupakan laluan bertingkat manakala 20 peratus lagi adalah laluan bawah tanah.

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus…
Berita Domestik
Beliau berkata, pendekatan kerajaan sekarang ialah meneruskan apa sahaja projek yang sedang…
Berita Domestik
  "Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 kilometer (km) dan mempunyai 31 stesen, di mana 10…