Operasi pembenihan awan (cloud seeding) itu bertujuan untuk meningkatkan kuantiti hujan di kawasan Empangan Bukit Merah, Semanggol, Perak disebabkan paras air empangan berada di tahap kritikal.
Penerbangan tersebut menggunakan pesawat jenis Lockheed C-130 Hercules milik TUDM yang berlepas jam 12.30 tengah hari tadi.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui menjelaskan, Operasi Pembenihan Awan menggunakan semburan garam itu tidak memberikan kesan kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak berhubung kaedah pembenihan awan dijalankan.
Pesawat C-130 Hercules berlepas jam 12.30 tengahari tadi.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Pesawat dijangka tiba di Kerian 30 minit sebelum mula semburan garam.
Menurut @metmalaysia hari ini dan esok cuaca paling baik untuk pembenihan awan (cloud seeding). @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/XN07j3ZfjC
"Dari segi kesannya, memang tiada. Ia hanya merupakan garam biasa kita guna dan amaun yang kita sembur di awan terlalu kecil.
"Kalau ibarat air dalam tempayan contoh, ia hanya setitik dua titik sahaja kita sembur ke dalam awan berbanding air dalam awan tersebut.
"Ia tidak memberi apa-apa kesan, sebab ramai risau kata kita sembur garam di atas ada kesan. Keadaan ini memang digunakan di serata dunia, salah satu kaedah gunakan garam biasa," jelasnya.
"Lazimnya kita tengok pada paras awan (untuk proses pembenihan), sekitar 7,000 hingga 8,000 kaki dari paras laut. Kalau awan yang ideal untuk kita sembur, selalunya awan berada pada sekitar 5,000 kaki," katanya lagi.
Difahamkan, lebih 9,000 orang pesawah bakal terjejas sekiranya Operasi Pembenihan Awan tidak dilakukan.
Semburan dimulakan kira-kira jam 1.00 petang di daerah Kerian.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Awan Kumulus tebal berjaya dikesan.
Dua tong semburan larutan air garam ambil masa 20-30 minit.
Pasukan Cloud Seeding @metmalaysia dan TUDM mula menjalankan operasi. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/gt58IBTWkx
Sumber: Astro Awani