Operasi pawagam drive-thru dibenarkan dalam masa terdekat

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata SOP yang perlu dipatuhi, antaranya adalah pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

"Petugas RELA juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Bernama