Operasi Khas Motosikal Selangor: 1,483 saman dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|
Hendak cepat dan laluan motosikal tidak elok. Itu alasan popular diberikan penunggang motosikal apabila ditahan kerana tidak menggunakan laluan motosikal dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh Selangor semalam.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, pihaknya melakukan operasi kerana masih ramai yang berani menanggung risiko tidak menggunakan laluan motosikal yang disediakan di lebuh raya.

 

Menurutnya, selain itu, pihak JSPT juga memberi tumpuan kepada ekzos diubah suai sehingga mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang ramai di kawasan perumahan.

 

"Kita ada menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan isu ini. Tindakan seterusnya akan diambil.

 

"Melalui operasi hari ini, sebanyak 1,483 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi itu di Plaza Tol USJ Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Kuala Lumpur, semalam.

 

Azman berkata, jumlah kenderaan disaman pula ialah sebanyak 1,421 iaitu 1,056 motosikal dan 365 kereta.

 

"Sebanyak 117 saman dikeluarkan kerana tidak memakai topi keledar, tiada lesen (320), nombor pendaftaran diubah suai (111), tiada cermin sisi (60), penunggang di bawah umur (seorang), tidak menggunakan lorong motosikal (504), ubah suai kenderaan (3) dan lain-lain kesalahan (367).

 

"Operasi hari ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak Kesas dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan…
Berita Domestik
"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini, bagi mereka yang ada rakaman kamera…
Berita Domestik
Menurutnya, seramai 58 pelajar berusia 17 tahun dan seorang berusia 15 tahun telah diperiksa dalam…