Operasi Khas Motosikal: 91 saman berkaitan pelbagai kesalahan, termasuk 12 saman ekzos bising

oleh SALINA JALIL|
Polis melancarkan Operasi Khas Motosikal di Jalan Tanjong Tokong di sini malam tadi ekoran laporan orang awam berhubung sikap penunggang motosikal di kawasan itu yang dikatakan sering menggangu ketenteraman awam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Operasi tersebut dijalankan sepasukan anggota terdiri enam pegawai dan 20 anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) mulai pukul 9 hingga 12 tengah malam.

 

Operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Superintenden Zafri Zokapli berkata, aduan mengenai bunyi bising ekzos motosikal paling banyak diterima pihaknya sejak perlaksanaan PKP pada 13 Januari lalu.

 

“Hasil operasi selama tiga jam itu, kita telah mengeluarkan 91 saman berkaitan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk mengubah spesifikasi motosikal manakala 12 saman berkaitan ekzos bising telah dikeluarkan pihak JAS.

 

“Operasi tersebut juga dijalankan susulan laporan penduduk setempat mengenai penunggang motosikal di kawasan Tanjung Tokong yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya lagi.

 

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Deputi Superintenden Ahmad Ridha Hariri.

 

Jelasnya, seramai enam pegawai dan 20 anggota polis terlibat dalam operasi khas tersebut.

 

“Saya mengingatkan kepada penunggang motosikal di kawasan ini supaya mematuhi peraturan di jalan raya dan pemantauan akan terus dijalankan dari masa ke semasa,” jelasnya.

 

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang perkara yang mampu mengganggu ketenteraman awam terutama di kawasan perumahan.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"JPJ memandang serius isu ini terutamanya warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu…
Informasi
Katanya, antara sebab utama sitaan dilakukan ialah penunggang tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan…
Berita Domestik
  "Kami memeriksa 601 motosikal, 168 kereta, 22 kenderaan barangan, tujuh kenderaan perkhidmatan…