Operasi Khas Lampu Isyarat Merah - 16,163 saman dikeluarkan, motosikal tertinggi disaman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JSPT Bukit Aman
Sebanyak 16,163 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Khas Lampu Isyarat Merah dalam tempoh 15 hari operasi di seluruh negara bermula 15 hingga 30 September lalu.


Selain itu PDRM turut mengeluarkan 24,276 saman membabitkan lain-lain kesalahan lalu lintas dan 71,069 kenderaan telah diperiksa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepanjang tempoh itu, saman paling banyak dikeluarkan membabitkan motosikal iaitu 8,211 diikuti kereta (6,083), lori (528), van (264), bas (22) dan 1,055 saman untuk lain-lain kenderaan.
 

“Operasi ini menumpukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah. Seramai 27 individu ditahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memiliki waran tangkap saman trafik dalam operasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini (Rabu).

 

Operasi telah dijalankan di 1,659 lokasi seluruh negara yang membabitkan 1,541 anggota dan pegawai.


Mengulas lanjut, Noorsiah berkata, pihaknya memandang serius sikap dan trend pengguna jalan raya yang mewujudkan risiko kemalangan ekoran tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat.


Kata beliau, orang ramai dinasihat supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.


 

 

Kosmo