Operasi feri Kuala Kedah tutup sementara sehingga Sabtu

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora di Selat Melaka Utara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas.

Feri tambahan akan diaktifkan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan keupayaan terminal berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia.

Penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menukar laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga cuaca kembali pulih atau penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan daripada pihak konsortium.

 

Bacaan sepenuhnya di Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Inisiatif ini manifestasi komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan perjalanan rakyat…
Berita Domestik
Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat 36,733 tiket masih belum terjual setakat ini dan…
Berita Domestik
Beliau berkata, kebakaran di dermaga berkenaan melibatkan enam feri, dengan dua daripadanya musnah…