Operasi feri dari Langkawi ke Kuala Kedah hingga 7 malam mulai Isnin ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jadual pelayaran feri bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah serta Kuala Kedah ke Langkawi akan beroperasi hingga 7 malam setiap hari mulai Isnin depan (9 Jan) dengan kedalaman air laut 1.0 meter dan ke atas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapt Dr Baharin Baharom berkata jadual pelayaran feri bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah bermula 7.30 pagi; 10 pagi; 1 tengah hari; 4 petang dan 7 malam.

 

"Jadual pelayaran feri bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi pula bermula pada 7 pagi; 10.30 pagi; 1 tengah hari; 4 petang dan 7 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

 

Beliau berkata jadual pelayaran baharu itu berikutan Alur Pelayaran Kuala Kedah telah diperakui Jabatan Laut Malaysia (JLM) siap kerja pengerukan iaitu 'Certificate of Practical Completion IPL 2164 JLD 11 (24)'

 

Baharin berkata bagaimanapun, jadual pelayaran feri itu akan berubah sekiranya paras air laut berada di bawah 1.0 meter.

 

Sementara itu, beliau berkata konsortium akan membuat lebih banyak feri tambahan bagi kedua-dua laluan berkenaan ketika cuti umum dan hari kelepasan am.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Informasi
  'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut…