Operasi Bot Gunung Lang dihentikan sementara waktu

oleh Penyumbang Rencana|
Operasi bot di Taman Rekreasi Gunung Lang di Ipoh dihentikan buat sementara waktu bermula 2 Mei lalu sehingga 20 Mei ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis Bandaraya Ipo (MBI) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan Bot Lang 4 dan Bot Lang 5.

Demi keselamatan dan keselesaan penumbang, operasi bot Taman Rekreasi Gunung Lang dihentikan sementara waktu menurut MBI.

Bagaimanapun MBI memaklumkan sekiranya pembaikan dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir tersebut, perkhidmatan bot akan beroperasi seperti biasa.

"Segala kesulitan amat dikesali," menurut MBI.

 

Bernama