Operasi Bersepadu Haiwan Merayau - lembu dan kambing berkeliaran ditangkap

oleh SALINA JALIL|
Operasi Bersepadu Haiwan Merayau yang dijalankan selama dua hari bermula kelmarin itu dilakukan di Taman Hijrah Padang Kala, Melor secara bersepadu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan.

Setiausaha MDKPi, Ahmad Fadzli Abdullah berkata, tangkapan itu dilakukan hasil aduan orang awam terhadap banyak kerosakan yang berlaku akibat lembu berkeliaran.

"Kita menerima aduan di kawasan ini sejak beberapa bulan lalu namun tidak dapat mengambil tindakan lanjut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pelbagai halangan yang terpaksa dihadapi termasuk berdepan dengan lembu yang mengamuk, mengharungi kawasan paya dan nyaris terjatuh ke dalam perigi buta dalam usaha menangkap lembu yang pada asalnya disasarkan sebanyak 12 ekor.

 

"Penduduk di kawasan ini membuat aduan berkaitan lembu yang berkeliaran di taman, makan pokok hiasan termasuk pokok durian Musang King dan terdapat najis di merata-rata tempat.

 

"Ini adalah kali kedua operasi dilakukan tahun ini berkaitan tangkapan haiwan yang mana pada bulan lalu, sebanyak tiga lembu di kawasan sama manakala dua kambing di Kok Lanas berjaya ditangkap," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

 

Ahmad Fadzli berkata, sebelum lembu itu ditangkap, pihaknya memberi notis amaran terlebih dulu kepada pemilik untuk menjaga ternakan dengan baik namun jika masih menerima aduan selepas dua minggu, baru tindakan lanjut diambil.

 

Untuk operasi dua hari yang membabitkan 16 anggotanya dan tiga kakitangan JPV, beliau berkata, pemilik sudah membayar denda iaitu sebanyak RM1,000 setiap ekor namun untuk 10 lagi baki lembu itu akan tetap ditangkap dalam masa terdekat.

 

"Tindakan kompaun itu adalah di bawah Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau MDKPi dan jika pemilik tidak datang menuntut, jumlah denda akan bertambah setiap hari bergantung kepada kos makanan dan upah penjagaan.

 

"Jika dalam tempoh enam hari haiwan itu tidak juga dituntut, kami akan buka untuk dilelong," katanya.

 

 

 

Harian Metro

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, individu terbabit meminta pengurangan kompaun namun dalam kes itu pihaknya tidak…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada…
Informasi
  "MDGM mengambil berat tentang masalah haiwan ternakan berkeliaran di kawasan kampung atau bandar…