Operasi bas elektrik sepenuhnya di Putrajaya menjelang 2021 - Nadiputra

oleh Mohamad Hanif|
Gets Global Sdn Bhd, syarikat pengendali fleet bas Nadiputra di Putrajaya bakal melaksanakan penggunaan bas elektrik sepenuhnya di Wilayah Persekutuan tersebut bermula 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut pengarah urusannya, Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat multinasional untuk membangunkan pek bateri dan memasang bas elektrik, dengan kos pelaburan mencecah RM35 juta. 


Selain daripada 165 buah bas berkuasa gas asli (NGV), Nadiputra telah memiiki 10 buah bas elektrik yang diperoleh menerusi perjanjian di antara Putrajaya Corporation (PPj), dan New Energy Industrial Technology Development Organisastion (Nedo) bagi membekalkan bas elektrik bernilai RM2 juta setiap satu. 

Kesemua 10 bas elektrik tersebut telah beroperasi selama dua tahun di dalam kawasan Putrajaya. 

Tambah beliau, pihaknya kini sedang menjalankan kajian untuk menambah baik pek bateri sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan iklim dan kelembapan cuaca di Malaysia, serta meluaskan penggunaan bas elektrik tersebut ke pasaran luar seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. 

Ketika ditanyakan berkenaan tahap keberkesanan bas elektrik di Putrajaya, beliau menegaskan penggunaan bas elektrik sememangnya sesuai untuk kegunaan bandar di mana jarak pengoperasian adalah singkat. 
 


"Jarak yang singkat bermakna (memerlukan) pek bateri yang kecil dan kurang masa pengecasan," ujar Che Azizuddin.

Menurut beliau lagi, bas elektrik sedia ada mampu berjalan sejauh 30 km dengan masa pengecasan selama 10 minit sahaja, dan ia tidak mengganggu keseluruhan operasi bas oleh kerana pek bateri tersebut dicas menggunakan pengecas yang terbina pada bumbung bas ketika sedang berhenti mengambil dan menurunkan penumpang. 

Che Azizuddin berharap dengan sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan, operasi bas di Putrajaya bakal bertambah baik seperti sedia kala.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…