Operasi bas ekspres alami masalah kekurangan pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua tahun tidak bersama keluarga di kampung, stesen-stesen bas di ibu kota kembali menjadi tumpuan orang ramai yang sibuk membuat persiapan awal mendapatkan tiket bas untuk pulang ke kampung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelonggaran yang telah diberikan kerajaan kali ini secara tidak langsung dapat merancakkan kembali industri pengangkutan tersebut menjelang musim perayaan.

Bagaimanapun, setelah dua tahun stesen bas lengang dan kurang aktviti pergerakan, ternyata wujud kesan tertentu sebaik sahaja ia mula kembali beroperasi.

Menurut Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, Thiagarajan Renganathan, kesan sekatan ekonomi sejak dua tahun lalu mengakibatkan ramai pemandu bas yang telah beralih kepada pekerjaan lain.

“Jualan tiket bas terutamanya ke kawasan pantai timur agak memberangsangkan namun dari segi penyediaan bas agak kurang sebab kita kurang pemandu.

“Jadi syarikat bas hanya mampu menggunakan bas sedia ada yang mempunyai pemandu bagi pergerakan sempena musim perayaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Mengulas lanjut, Thiaga memberitahu, sebahagian besar pemandu bas telah beralih pekerjaan sebagai pemandu lori disebabkan beberapa industri yang kurang terjejas sewaktu PKP.

Bahkan, ada yang seakan-akan telah selesa dengan situasi ketika ini yang mungkin tidak terlalu terikat jika dibandingkan dengan pemandu bas ekspres.

“Biasanya musim perayaan ini lori kurang bergerak, jadi mereka pun boleh cuti ketika musim perayaan.

“Tak sama seperti bas terutamanya musim perayaan yang menerima permintaan tinggi jadi nak cuti mungkin susah,” katanya.

Dalam pada itu, Thiaga berpendapat, suasana musim perayaan mungkin tidak akan sama seperti dahulu meskipun kebenaran untuk pulang ke kampung telah diberikan.

Tidak ketinggalan, beberapa pengusaha syarikat bas yang mungkin telah berputus asa untuk meneruskan perniagaan berikutan tamparan hebat sewaktu tempoh PKP menyebabkan mereka tidak lagi mampu bertahan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…