Operasi ambulans PBSM Klang dihentikan

oleh SALINA JALIL|
Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) daerah Klang membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan ambulans persatuan itu berkuat kuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Song Kee Chai berkata, walaupun berat, keputusan itu terpaksa diambil susulan beberapa masalah dihadapi termasuk tidak mempunyai pelatih untuk menguruskan perkhidmatan ambulans.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Hari ini, kami mengumumkan servis ambulans PBSM Klang sudah tamat dan kami membuat keputusan untuk menyerahkan lima kenderaan iaitu tiga ambulans serta dua van penumpang kepada Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) PBSM.

 

"Kami menyerahkan sejumlah RM135,000 dana yang kami ada supaya ia dapat diuruskan sebaik mungkin oleh IPK," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBSM Klang, hari ini.

 

Turut hadir, Setiausaha Agung PBSM Kebangsaan, Hakim Hamzah. Beliau berkata, PBSM Klang mungkin akan diuruskan AJK baharu yang akan ditentukan IPK kelak.

 

Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama AJK sebelum membuat keputusan selanjutnya mengenai status PBSM Klang. "Kami sudah hampir 40 tahun jadi ahli PBSM, sudah pasti ini keputusan menyedihkan.

 

"Bagaimanapun kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli sukarelawan yang selama ini banyak membantu," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…