Operasi alternatif LRT laluan Ampang-Sri Petaling berjalan lancar

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berikutan gangguan perkhidmatan LRT di antara dua stesen, iaitu LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek, pihak Rapid Rail telah mewujudkan perkhidmatan alternatif bagi mengawal situasi tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Operasi alternatif LRT laluan Ampang-Sri Petaling yang bermula hari ini dilaporkan berjalan lancar, terutama semasa waktu puncak pagi dan petang ekoran warga kota yang telah kembali bekerja selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Laluan alternatif itu melibatkan perkhidmatan tren shuttle dan bas perantara percuma, di antara stesen LRT Hang Tuah dan LRT Masjid Jamek.

Sebanyak 34 buah bas perantara telah ditambah untuk membawa semua penumpang dari stesen LRT Hang Tuah dan LRT Masjid Jamek sebagai pilihan perjalanan alternatif.

 

2

 

Pihak Rapid Rail turut mengerahkan seramai 348 kakitangan Prasarana merangkumi anggota Polis Bantuan dan kakitangan sokongan bagi membantu para penumpang di stesen-stesen utama terlibat.

Bermula hari ini juga, waktu puncak bagi perkhidmatan LRT Ampang serta Monorel telah dilanjutkan, waktu puncak pagi dilanjutkan dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala waktu puncak petang telah dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam.

Sebelum ini, perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling melibatkan stesen LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek telah dihentikan pada Jumaat akibat keretakan struktur viaduct’ di landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Pihak Rapid Rail memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi demi keselamatan para penumpang, penumpang juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan demi kelancaran urusan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…