Operasi alih bas terbalik, jalan sesak 10 kilometer

oleh SALINA JALIL|
Kerja pengalihan bas ekspres yang terbalik di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Terowong Menora, di sini, yang dilakukan malam tadi menyebabkan kesesakan teruk sejauh 10 kilometer.


PLUS Berhad menerusi ciapan di laman Twitter PLUS Trafik, berkata semua lorong arah selatan iaitu bermula di Kilometer 267 sehingga Kilometer 265 ditutup bagi kerja pengalihan bas terbabit pada jam 12.03 tengah malam tadi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


"Namun laluan kontra (melalui lorong bertentangan) masih diaktifkan. Trafik arah selatan perlahan 10 kilometer," kata ciapan itu.

 

Menerusi ciapan jam 8.48 malam tadi, hanya lorong sebelah kiri menghala selatan ditutup bagi kerja pengalihan yang bermula sejak jam 7.53 malam.

 

Ciapan sama melanjutkan, laluan kontra dibuka bermula di Kilometer 267 sehingga Kilometer 265, justeru mengakibatkan trafik menghala selatan perlahan sejauh enam kilometer ketika itu.

 

Bagaimanapun, tinjauan pada jam 10.30 malam tadi mendapati aliran trafik menghala utara berjalan lancar biarpun ketika melalui laluan kontra terbabit.

 

Sementara itu, menerusi ciapan jam 12.30 malam tadi, PLUS Berhad berkata, semua lorong arah selatan sudah dibuka semula, selain laluan kontra ditutup namun keadaan trafik masih perlahan.

 

Dalam kemalangan awal pagi semalam, bas ekspres dinaiki 15 individu dalam perjalanan dari Kulim menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas ke sebelah kiri jalan lalu terbalik, mengakibatkan 13 penumpang serta pemandu bas cedera.

 

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, berkata insiden mengakibatkan dua daripada 14 penumpang bas berkenaan parah, manakala 11 yang lain hanya cedera ringan.

 

Katanya, tangkapan dibuat ke atas pemandu terbabit selepas pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai 19 rekod saman lampau bagi kesalahan trafik, selain tiga rekod saman lampau bagi bas dipandunya itu.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…