Operasi Aidilfitri 2025 - JPJ keluarkan 22,552 notis dalam tempoh 5 hari

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengadakan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 di seluruh negara bermula 24 Mac hingga 8 April 2025.

Strategi penguatkuasaan ini adalah sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan memastikan tahap keselamatan jalan raya diutamakan semasa musim perayaan.

Berdasarkan kepada Ops tersebut, pihak JPJ telah mengeluarkan notis sebanyak 22,552 notis atas pelbagai kesalahan ke atas kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Statistik tersebut adalah hasil daripada 77,736 kenderaan yang telah diperiksa dalam tempoh lima (5) hari dijalankan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 97 kenderaan telah disita.

OPERASI KHAS HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2025

BIL

PERKARA

STATISTIK

1

Kenderaan Diperiksa

77,736

2

Kenderaan Diambil Tindakan

9,381

3

Notis Dikeluarkan

22,552

4

Kenderaan Disita

97

 

Pihak JPJ telah mengesan kenderaan- kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut : 

JENIS KENDERAAN

BIL

JENIS KENDERAAN

STATISTIK

1

Motosikal

6,822

2

Kenderaan Perkhidmatan Barangan - Lori

6,626

3

Motokar

5,918

5

Kenderaan Perkhidmatan Awam - Bas

1,543

6

Lain-Lain Kenderaan

1,388

7

Kenderaan Asing

255

 

Menerusi notis JPJ(P)22 telah dikeluarkan oleh pihak JPJ, terdapat kenderaan dan pemandu yang masih gagal mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada kesalahan-kesalahan utama seperti berikut :

BIL.

KESALAHAN

STATISTIK

1.

Kesalahan Berkaitan Pelesenan Kenderaan

(LKM Tamat Tempoh/Tiada Perlindungan Insurans)

5,850

2.

Kesalahan Berkaitan Pelesenan Pemandu

(Tiada Lesen Memandu/Lesen Memandu Tamat Tempoh)

4,148

3.

Teknikal (Motosikal/Brek/Tayar Botak)

3,035

4.

Lain-Lain Kesalahan

2,346

5.

Kesalahan Berkaitan Kesalahan Utama

1,094

6.

Kesalahan Berkaitan Kenderaan Barangan

1,011

7.

Kesalahan Berkaitan Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas)

1,800

JUMLAH

19,284

 

 

foto hiasan

Sepanjang Ops tersebut dilaksanakan, melalui pemeriksaan ke atas kenderaan perkhidmatan awam – bas, pihak JPJ telah mengesan sebanyak 1,800 bas telah melakukan pelbagai kesalahan yang melibatkan kenderaan dan pemandu antaranya menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tiada pemandu kedua dan lain-lain kesalahan.

Strategi penguatkuasaan secara penyamaran, pihak JPJ telah mengesan sebanyak 398 kenderaan perkhidmatan perkhidmatan awam melakukan kesalahan.

JPJ juga mengingatkan pemilik dan pemandu kenderaan barangan, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025, Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan mula dikuatkuasakan selama empat (4) hari iaitu pada 29 dan 30 Mac 2025 (sebelum perayaan) serta pada 5 dan 6 Mac 2025 (selepas perayaan).

JPJ turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dan pengguna perlu memastikan kenderaan masing-masing telah diselenggara dengan baik dan selamat serta rancang perjalanan ke destinasi yang di tuju.

Para pengguna jalan raya juga dinasihati agar mempunyai rehat yang cukup dan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) jika keletihan.

Komitment JPJ adalah memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan berusaha meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya terutamanya di musim perayaan.

Pengguna jalan raya juga boleh melaporkan aduan berkaitan kesalahan lalu lintas secara terus atau 'real time' menggunakan Aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau emel [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata 205 kenderaan diperiksa dan 132 kenderaan…
Berita Domestik
"Saya berharap pihak polis menyelesaikan siasatan kes itu secepat mungkin, dan pemandu terbabit…
Berita Domestik
Lesen aktif jadi syarat kelayakan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy…