Opel terus rugi RM1.7b dalam suku kedua

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama kenderaan dari Jerman, Opel terus mencatat kerugian untuk tahun ini.

Menurut sumber Autoblog, jumlah kerugian Opel meningkat kepada RM1.7 billion dalam suku kedua tahun ini, meningkat dari RM900 juta pada suku pertama.

Ini juga bermakna syarikat kenderaan itu mengalami kerugian sebanyak RM20 juta setiap hari pada tahun 2017 ini.

Opel kini menjadi milik gergasi automotif Perancis, iaitu syarikat PSA Group (Citroen dan Peugeot) yang membelinya dari General Motors.

Opel sebenarnya tidak pernah untung sejak 16 tahun lalu kerana ia perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM4 billion setahun untuk penyelidikan R&D bagi menghasilkan kenderaan-kenderaan kompak yang menurut piawaian kawalan asap Eropah yang semakin ketat.

opel adam
Opel Adam adalah antara model popular jenama itu di Eropah. Eropah lebih sukakan kenderaan kompak dan menjimatkan kerana harga bahanapi yang mencecah lebih dari RM7 seliter serta kos pemilikan yang tinggi kerana kerajaan Eropah sekarang lebih fokus kepada kenderaan EV atau pengangkutan awam.

 

Ini juga bukti bahawa General Motors, pemilik Opel langsung tidak mengendahkan pasaran lain dan hanya bergantung kepada pasaran US dan China yang mempunyai kawalan asap yang tidak begitu lengkap seperti di Eropah.

General Motor sendiri tidak begitu aktif di rantau Asia. Ini boleh dilihat sendiri dari produk-produk mereka. Isuzu, satu jenama yang kukuh, hanya mempunyai dua model bukan komersil.

Untuk PSA Group, mereka menjangkakan Opel akan mencatat keuntungan selepas tahun 2020.

Syarikat Perancis itu mempunyai pelbagai rancangan dan akan menjadikan Opel sebagai senjata mereka untuk kawasan Eropah (di luar negara Perancis).

PSA EV
PSA Group mempunyai platform-platform baharu, termasuk platform modern EV/Hybrid yang dengan mudah membawa satu jenama Asia ke Eropah kerana piawaiannya sudah menurut kehendak negara Eropah.

 

Antara pelan perancangan Opel ialah menggunakan platform-platform baharu Peugeot/Citroen kepada Opel dan menggantikan enjin Opel kepada enjin mereka. 

Ini menggugat kedudukan 7,700 pekerja Opel di dalam bidang R&D kerana hanya 800 pekerja sahaja diperlukan oleh Peugeot.

Sebenarnya, menurut sumber Careta, PSA Group mempunyai perancangan yang lengkap untuk Proton, dan ia termasuk platform serba modern, enjin-enjin yang baik khusus untuk kawasan tropika, sistem transmisi dan rekabentuk menarik untuk menjadikan Proton sebagai singa Asean.

Mungkin belum jodoh. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta…
Berita Global
  Harga bagi sebuah Opel Corsa-e adalah S$160,000 setiap satu dan kos yang akan ditanggung…
Berita Global
Di Eropah, ia ada dijelmakan semula sebagai Rocks-e oleh Opel sebagai tambahan ke dalam keluarga…