Opel mulakan ujian jentera rali Corsa-e - berkuasa elektrik sepenuhnya!

oleh Mohamad Hanif|
Opel merupakan antara beberapa pengeluar yang tidak lagi berkecimpung secara terus di dalam arena rali namun masih memproduksikan jentera rali kepada mereka yang berminat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan terbaharu, pengeluar tersebut kini sedang mempersiapkan jentera rali berkuasa elektrik sepenuhnya, Corsa-e Rally Concept di Dudenhofen Center, Jerman. 

Jentera tersebut telah dipertontonkan buat kali pertama di acara Frankfurt Motor Show 2019. 

 


Menurut Pengarah Opel Motorsport, Jorg Schrott berkata, "kami tidak ada sebarang pengalaman langsung di dalam pembinaan jentera rali elektrik, jadi kami bergantung sepenuhnya kepada pengiraan dan simulasi serta ujian di dunia sebenar. 

"Antara fokus lain adalah suhu dan bebanan yang harus dipikul oleh sistem bateri serta perisian yang mengawalnya, namun saya kira apa yang kami jalani setakat ini berjalan lancar.

Jentera rali sifar emisi tersebut memiliki angka 134 kuasa kuda dan 260 Nm yang mampu dihasilkan oleh motor elektrik, dan ia menggunakan sumber kuasa daripada pek bateri berkapasiti 50 kWh. 
 


Dari segi ujian WLTP, Opel Corsa-e mampu mencapai jarak sejauh 337 km untuk sekali cas penuh, namun Opel Corsa-e Rally Concept ini telah dioptimasikan untuk tujuan perlumbaan rali dengan tiga mod pemanduan - Competition, Rain dan Eco. 

Dalam mod Competition, ia mengutaman prestasi penuh yang mampu memberikan jarak sehingga sekurang-kurangnya 60 km, mod Rain pula digunakan ketika permukaan jalan yang licin manakala mod Eco pula boleh digunakan ketika pemanduan di luar perlumbaan. 
 


Sebanyak 20 unit Corsa-e Rally akan dibina untuk musim perlumbaan 2020/2021 dan 15 unit daripadanya akan diedarkan kepada para pelanggan Opel bermula musim panas tahun hadapan. 

Corsa-e Rally boleh dipesan daripada Opel Motorsport dengan harga di bawah £46,000 (RM235,954).

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pemandu berusia 59 tahun itu yang juga dikenali sebagai 'Flying Sikh' berkata melalui kerjasama…