Opel Manta GSe Elektromod - coupe elektrik dengan transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa gambar teaser diperlihatkan, Opel secara rasmi memperkenalkan model one-off Manta GSe Elektromod bersempena dengan ulang tahun yang ke-50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga bertindak sebagai petanda kepada pelancaran subjenama GSe yang merujuk kepada kenderaan-kenderaan elektrik berprestasi tinggi yang bakal diperkenalkan oleh Opel pada masa akan datang.

 


Opel Manta GSe Elektromod merupakan model restomod EV pertama Opel yang mengekalkan silhouette klasik Opel Manta yang melindungi teknologi trenkuasa serba moden.

Enjin asal 1.6 liter telah digantikan peranannya dengan motor elektrik tunggal yang berupaya menghasilkan 145 kuasa kuda dan 255 Nm.

Namun begitu, Opel masih lagi mengekalkan sistem transmisi manual empat kelajuan asal Manta yang membolehkan pemandu merasai keterujaan mengendalikan coupe EV ini.

 

 

Pemandu juga boleh memilih opsyen untuk menggunakan transmisi automatik dengan hanya meletakkan gear diposisi keempat.

Pek bateri pula adalah berkapasiti 31 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 200 km, dan boleh dicas penuh menggunakna pengecasan 9 kW yang mengambil masa kira-kira empat jam.

Seperti model EV moden yang lain, Opel Manta GSe Elektromod ini turut dilengkapi dengan sistem brek regeneratif.

 

Pixel visor

 

Seperti yang diperlihatkan sebelum ini, Opel Manta GSe Elektromod menampilkan ciri baharu yang dinamakan sebagai Pixel-Vizor - skrin paparan yang terletak di bahagian 'gril' hadapan, dan berupaya memaparkan mesej seperti "I am on a zero e-mission".

Unit lampu belakang berbentuk bulat ikonik itu digantikan dengan unit LED tiga dimensi.

 


Penampilan luar Opel Manta GSe Elektromod ini disudahi dengan warna kuning yang terang, hud enjin berwarna hitam, serta rim aloi Ronal bersaiz 17 inci yang dihasilkan khusus untuk projek one-off ini.

Sementara ruang kabin pula menempatkan beberapa kelengkapan moden seperti skrin Pure Panel yang terdiri daripada paparan bersaiz 12 inci dan paparan instrumen digital 10 inci, serta sistem audio daripada Marshall.

 


Tempat duduk asal digantikan dengan sepasang kerusi sports yang menawarkan sokongan dan keselesaan yang lebih baik, diikuti dengan headliner Alcantara, serta roda stereng tiga jejari yang menampilkan petunjuk pukul 12 berwarna kuning.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini Volvo P1800 Cyan itu lebih berorientasikan litar lumba, kali ini Cyan Racing mahu…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Ash Thorp, pereka Batmobile bergaya muscle car yang muncul dalam filem tersebut kini telah…