Opel hentikan hijrah pekerja ke Jaguar dan BMW

oleh HEZERI SAMSURI|
Umum mengetahui bahawa gergasi US, General Motors telah menjual Opel kepada PSA, pemilik Peugeot Citroen dengan harga US$2.6 billion tahun lalu.

Akibat itu, ramai jurutera-jurutera dan pakar-poakar Opel telah mula diambil oleh syarikat-syarikat lain seperti BMW, Jaguar Land Rover dan juga pembuat komponen besar seperti Continental.

Pemilik baharu, PSA mahu membuang seramai 3,700 pekerja Opel menjelang 2020 dalam usahanya untuk menjadikan Opel sebuah syarikat yang menguntungkan.

Atas dasar itu, Opel membenarkan pekerjanya untuk berhijrah ke syarikat-syarikat lain. Namun begitu, nampaknya terlalu ramai pekerja berpengalaman yang berpindah sehingga memaksa ketua kesatuan pekerja Opel meminta PSA memberhentikan proses itu kerana risau tidak akan ada lagi mereka yang berpengalaman tinggal di syarikat kenderaan Jerman itu.

 

 

Antara yang telah berpindah ialah Andreas Zipser, ketua jurutera untuk model Opel Insignia. Beliau yang telah 25 tahun berkhidmat di Opel kini menjadi ketua bahagian kejuruteraan untuk Veritas AG.

Seorang lagi ketua jurutera Opel, Eggord Thomaschky telah berpindah ke BMW dalam bahagian Kejuruteraan dan Dinamik Kenderaan.

Bekas pengarah projek kenderaan elektrik Opel, Ralf Hannappel telah memulakan kerjaya baharu beliau di Jaguar Land Rover sebagai ketua kejuruteraan.

Florian Koch yang dahulunya ketua projek sistem infotainment bagi Opel kini menjadi ketua jurutera untuk projek Advanced Driver Assistance System (ADAS) bagi Continental, pembekal komponen kenderaan terkenal dunia.

Menurut laporan dari Europe Automotive News, akan ada pekerja Opel yang meninggalkan syarikat itu setiap hari.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka Bentuk Luar – Vizor Baharu Lebih Slim Dan Aggressive Bahagian depan kini menggunakan Vizor…
Berita Global
Grandland Electric AWD hadir dengan dua motor elektrik – satu di hadapan (157 kW / 213 hp) dan…
Berita Global
Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta…