Opel dan Vauxhall kini milik Groupe PSA - Akhiri sejarah 88 tahun bersama GM

oleh Muhammad Md Tajudin|
CEO OPEL VAUXHALL - MICHAEL LOHSCHELLER DAN PRESIDEN LEMBAGA PENGARAH GROUPE PSA CARLOS TAVARES
CEO OPEL VAUXHALL - MICHAEL LOHSCHELLER DAN PRESIDEN LEMBAGA PENGARAH GROUPE PSA CARLOS TAVARES
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dalam satu lagi episod bersejarah dalam dunia automotif, Groupe PSA pada hari ini mengumumkan pembelian muktamad Oped dan Vauxhall dari General Motors. Pengumuman ini susulan perjanjian pada 6 Mac lalu.

Dengan penyertaan Opel dan Vauxhall, Groupe PSA secara langsung telah menjadi pengeluar kenderaan kedua terbesar di Eropah yang memiliki 17 peratus pegangan pasaran pada enam bulan pertama tahun ini.

Groupe PSA juga percaya gabungan kesemua jenama di bawahnya akan mengukuhkan lagi kehadiran mereka di pasaran utama Eropah dan juga asas kepada pertumbuhan yang menguntungkan di pasaran global.

Bermula hari ini, Opel dan Vauxhall komited untuk membangunkan pelan strategik melalui sokongan Groupe PSA. Opel dan Vauxhall akan membentangkan perancangan mereka dalam masa 100 hari.

Ketua Pegawai Operasi Opel Automobile GmbH, Michael Lohscheller berkata "Kami merasa bangga dapat menyertai Groupe PSA dan sekarang ini membuka lembaran baharu dalam sejarah kami selepas 88 tahun bersama General Motors. Kami akan meneruskan misi 'buatan Jerman' yang boleh dimiliki oleh semua orang. Melalui kombinasi kekuatan yang kami ada, ia bakal menjadikan Opel dan Vauxhall sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan dan mampu berdiri dengan kewangan sendiri. Kami telah mensasarkan untuk kembali membuat untung menjelang 2020."

Pengerusi Lembaga Pengarah PSA, Carlos Tavares pula berkata."Kami akan membantu Opel dan Vauxhall untuk kembali membuat keuntungan dan mensasarkan untuk mencipta penanda aras baharu industri secara bersama. Kami akan mengeluarkan kekuatan yang ada pada jenama ikonik ini dan juga potensi besar pada bakat-bakat sedia ada. Opel akan kekal sebagai sebuah jenama Jerman manakala Vauxhall pula akan kekal sebagai jenama British. Kedua-dua jenama ini dilihat begitu serasi dengan portfolio jenama Perancis yang kami miliki seperti Peugeot, Citroën and DS Automobiles.”

 

Vauxhall Grandland X

 

Berikut ialah beberapa perancangan dan faedah Opel/Vauxhall di bawah pemilikan baharu

  • Opel mahu struktur pengurusan yang lebih ringkas - mengurangkan kompleksiti dan meningkatkan kepantasan
  • Sinergi di dalam Groupe PSA - pembelian dan pembangunan, skala ekonomi, pengeluaran, R&D

PSA dan Opel/Vauxhall sebenarnya telah bekerjasama sejak tahun 2012 lagi. Kerjasama itu termasuk empat buah model dari Opel.

Model pertama iaitu Opel Crossland X sudah mula boleh didapati dari pengedar sejak penghujung bulan Jun. SUV Opel Grandland X pula dalam beberapa bulan lagi.

Pengganti kepada kenderaan komersil Opel Combo pula bakal dilancarkan pada tahun depan manakala model baharu Opel Corsa pula pada tahun 2019.

Opel/Vauxhall dan Groupe PSA pula akan terus bekerjasama dengan General Motors pada masa depan. Selain daripada kerjasama dalam bidang teknologi janaan elektrik, Opel merancang untuk terus menghasilkan model-model kenderaan Buick dan Holden yang kedua-duanya di bawah GM.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan trim Astra generasi keenam yang sporti, menampilkan talaan casis spesifik serta…
Berita Global
  Harga bagi sebuah Opel Corsa-e adalah S$160,000 setiap satu dan kos yang akan ditanggung…
Berita Global
Di Eropah, ia ada dijelmakan semula sebagai Rocks-e oleh Opel sebagai tambahan ke dalam keluarga…