Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata antara kesalahan yang dikesan adalah pemandu tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan tiada lesen memandu.
"Kita turut mengesan kesalahan teknikal seperti pada tayar, brek dan lampu serta sebuah bas ekspres yang diubah suai. Sebuah bas ekspres tiada pemandu bas kedua dan seorang pemandu bas persiaran menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Daripada jumlah bas yang diperiksa dalam operasi berkenaan, beliau berkata, 10 bas persiaran dan 12 bas ekspres dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
"MOTAC mengesan enam bas persiaran tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong. AADK pula melaksanakan ujian air kencing terhadap 49 pemandu sebelum tiga didapati positif dadah," katanya memaklumkan tindakan ke atas tiga pemandu terbabit diambil oleh AADK.