Op Selamat Tahun Baharu Cina - kes kemalangan meningkat 41 peratus, kes kematian 134

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kes kemalangan jalan raya yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini meningkat sebanyak 41 peratus kepada 15,999 kes berbanding 11,325 kes pada tahun lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kemalangan maut yang dilaporkan juga meningkat 13 peratus kepada 121 kes berbanding 108 kes pada tahun lalu.

 

"Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatkan sebanyak 13 peratus," katanya dalam ucapan ketika Majlis Penutup Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina 2023 pada Selasa.

 

Razarudin berkata, penunggang dan pembonceng motosikal terus menjadi penyumbang utama kes kematian dengan merekodkan 81 kematian.

"Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 160,375 saman dikeluarkan di seluruh negara, jumlah ini menurun berbanding tahun lalu iaitu 308,726 saman," katanya.

 

Beliau berkata, tiada kemalangan maut melibatkan 30 lokasi panas di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) selain 234 ‘black spot’ dikenal pasti di jalan raya seluruh negara.

 

"Tindakan di lokasi 'black spot' baharu akan dikenal pasti bagi penambahbaikan dari sudut infrastruktur dengan melibatkan kerjasama daripada agensi berkaitan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, fokus PDRM adalah untuk memastikan kelancaran pengguna jalan raya yang akan…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata polis akan mengoptimumkan…