Op Selamat - 1,030 kemalangan direkodkan di Pulau Pinang, peningkatan 3%

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 1,030 kemalangan jalan raya direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat ke-20 yang bermula 20 hingga 27 April lepas iaitu meningkat 3 peratus atau 1,001 kemalangan berbanding Op Selamat tahun lalu.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata manakala kemalangan maut pula merekodkan penurunan 67 peratus iaitu sebanyak tiga kes direkodkan pada Op Selamat kali ini iaitu berbanding Op Selamat tahun lepas iaitu sembilan kes.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 4,570 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas pada Op Selamat kali ini iaitu menurun sebanyak 71 peratus atau 15,603 saman berbanding Op Selamat tahun lalu.

"Pendekatan dalam pelaksanaan Op Selamat kali ini menunjukkan kejayaan dalam memastikan kelancaran aliran lalu lintas di jalan utama ditangani dengan lebih cekap dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas Program Walkabout Pencegahan Jenayah di Pasar Jelutong, di sini hari ini.

Program bertemu orang ramai bagi memaklumkan pencegahan jenayah dan mengedarkan risalah itu turut disertai Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang Ong Ah Teong.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya telah menjalankan tindakan penguatkuasaan trafik secara menyeluruh membabitkan undang-undang dan peraturan jalan raya bagi membendung salah laku pengguna jalan raya bermula 1 Mei.

Beliau berkata berdasarkan dua fasa pertama itu pihaknya mendapati keberkesanan penguatkuasaan tersebut yang pengguna lebih sedar mengenai peraturan jalan raya.

"Sebelum ini ada yang tidak tahu bahawa mereka perlu berhenti sebelum berada di garisan putih pada lampu isyarat, sekarang ini kami dapati ramai yang sudah sedar mengenainya malah kami harap penguatkuasaan seperti ini dapat diterapkan dari peringkat sekolah,'' katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Fisol Salleh berkata, "Op ini melibatkan…
Berita Domestik
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kompaun berkenaan telah diserahkan…