OP SAMSENG JALANAN : UBAH SUAI EKZOS, TIGA MOTOSIKAL DISITA

oleh Penyumbang Rencana 2|
PADAH mengubahsuai ekzos, tiga remaja ditahan dan motosikal mereka disita dalam satu Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Utama Felda Besout 1, Slim River tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam op pukul 1 tengahari itu, tiga buah motosikal terbabit telah disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut beliau, 28 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Perak bersama Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Muallim.

“Polis telah berjaya mengesan dan menahan sekumpulan remaja yang menunggang motosikal dalam satu Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Utama Felda Besout 1.

“Hasil pemeriksaan ke atas mereka tiga didapati mengubahsuai ekzos, dua mengubahsuai karburator, dua tidak mempunyai cermin sisi manakala empat melakukan kesalahan nombor plate. Masing-masing enam remaja pula didapati menunggang tanpa  lesen dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Ujar Sulizmie Affendy, kesemua remaja terbabit telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim untuk tindakan lanjut.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan samseng jalanan.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar