Op Samseng Jalanan: sembilan motosikal disita di Plaza Tol Alor Pongsu

oleh Hamimah Hamid|
SEMBILAN motosikal disita dalam 0p samseng jalanan yang dijalankan di Plaza Tol Alor Pongsu kerana disyaki terbabit dengan aktiviti samseng jalanan.

Dalam op tersebut 80 buah motosikal telah diperiksa dan 33 turut disaman atas pelbagai kesalahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) IPD Kerian.

 

"Operasi yang dijalankan ini bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral dalam kalangan penunggang motosikal yang sering dilakukan, terutama di hujung minggu di Plaza Tol Alor Pongsu.

 

"Aktiviti ini telah menimbulkan kegusaran penduduk setempat yang melaporkan kepada pihak polis kerana bimbangkan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan itu," katanya.

 

Menurut Juna, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Ujarnya, polis daerah Kerian mengalu-alukan semua pihak untuk menyalurkan maklumat bagi sama-sama membanteras aktiviti tidak bermoral seperti itu.