Op Rentas Sempadan: 1,294 notis dikeluarkan pada kenderaan perdagangan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook JPJ Johor
Sebanyak 1,294 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Rentas Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang diadakan di kebanyakan daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Muar, Segamat dan sepanjang Lebuhraya Utara Selatan bermula Selasa lepas.


Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, sebanyak 968 daripada 1,070 kenderaan yang diperiksa dalam operasi yang berakhir hari ini dan memfokuskan kenderaan perdagangan itu, dikenakan tindakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Sebanyak 384 daripadanya membabitkan pemandu kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan seperti membawa lebih muatan atau muatan berbahaya, kesalahan teknikal dan memandu kenderaan berat di lorong kanan secara berterusan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Op Khas Rentas Sempadan di tol Skudai di sini hari ini.

 

Beliau berkata, kesalahan membawa lebih muatan dan muatan berbahaya dikenal pasti paling tinggi dilakukan oleh pemandu kenderaan barangan selain kesalahan memandu kenderaan berat di lorong kanan secara berterusan amat membahayakan pengguna jalan raya lain dan boleh menyebabkan kemalangan maut.

 

Azmil Zainal berkata, operasi itu turut memberi tumpuan kepada pemandu warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tujuan perniagaan.


 

Beliau berkata, sebanyak 37 kenderaan dipandu warga asing melibatkan 19 warga Myanmar, Pakistan (lapan), Bangladesh (enam) dan Nepal (empat) disita.

 

2

 

- Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Sebanyak 25 notis kompaun dikeluarkan dalam waktu yang singkat menunjukkan kesedaran terhadap…