Op Rentas Negeri - Penuntut universiti antara dikesan memandu tanpa lesen

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JPJ Pulau Pinang
Tiada lesen memandu dalam kalangan remaja lepasan sekolah termasuk penuntut universiti antara kesalahan tertinggi yang direkodkan dalam Op Rentas Negeri yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Rabu.


Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, ini susulan 651 notis dikeluarkan atas kesalahan tersebut hasil operasi yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Sungai Dua arah Utara dan Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

 

“Tiada lesen memandu masih mendominasi dalam kalangan pemandu di negeri ini dan alasan sama masih diberikan antaranya tiada masa untuk membuat lesen memandu dan harga lesen memandu mahal.

 

“Kebanyakan pengguna kenderaan yang tidak memiliki lesen ini terdiri daripada golongan belia yang juga lepasan sekolah dan universiti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Seberang Perai pada Rabu.

 

Secara keseluruhannya, beliau memberitahu, sebanyak 3,668 kenderaan diperiksa manakala 1,821 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang operasi berlangsung.

 

“Dalam pada itu, sebanyak 400 motosikal turut disita dalam operasi sama dengan kebanyakannya ditunggang oleh warga asing,” jelasnya.

 

Menurut Adenan, operasi yang dijalankan bersama JPJ Kedah dan Perlis itu bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, APAD 2010 dan Kaedah-kaedah di bawahnya. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian itu dikongsikan mangsa iaitu @shafiyyah_nurul di laman sosial X pada Selasa. Menurutnya,…
Berita Domestik
"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan pemilik motosikal…