'Op Potong Q' - 32 pengguna di saman

oleh SALINA JALIL|
Tindakan 32 pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dengan memotong barisan di persimpangan lampu isyarat Bulatan Seberang Jaya di sini, membawa padah apabila mereka disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang mengadakan 'Op Potong Q' semalam.


JPJ negeri dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan pasukan dari Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dengan memfokuskan penguatkuasaan kesalahan di bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu memotong di sebelah kiri jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan kerana banyak pengguna jalan raya didapati gagal mematuhi peraturan lalu lintas terutama di waktu puncak sehingga menyebabkan laluan di sebelah kiri jalan terganggu dan menjadi sesak.

 

"Tindakan segelintir pemandu yang pentingkan diri sendiri dan sikap tidak sabar di jalan raya menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya lain yang boleh mengundang risiko kemalangan sekiranya tidak diambil tindakan penguatkuasaan segera.

"Sepanjang operasi yang diadakan pada waktu pagi itu, sebanyak 32 saman dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan terbabit," katanya.

 

Terdahulu tular di media sosial mengenai operasi yang diadakan JPJ yang ia disambut baik rata-rata warganet yang juga penduduk negeri berkenaan berikutan berang dengan tindakan pengguna jalan raya yang suka memotong barisan untuk masuk ke bulatan berkenaan.

 

Warganet turut memohon supaya operasi berkenaan diadakan secara kerap selain memasang kamera bagi mempertingkatkan penguatkuasaan sekali gus memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

 

Sementara itu, JPJ menasihati pengguna jalan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya supaya pemanduan lancar, selamat serta mengelakkan kemalangan dan kesulitan semasa pemanduan.

 

Dalam perkembangan lain, JPJ turut mengeluarkan notis terhadap 30 bas yang diletakkan di tepi jalan berdekatan sebuah pasar raya besar di Bayan Baru dekat sini, kelmarin.

 

"JPJ menerima aduan awam berhubung perkara itu dan unit operasi telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam, bas pekerja dan bas persiaran yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

 

"Tindakan segelintir pemandu yang meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan boleh menyebabkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya yang lain.

 

"Sebanyak 30 kenderaan dikenakan notis mengikut Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut komen, kejadian tersebut berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.…
Informasi
  Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334,…
Berita Domestik
Selaras dengan reputasinya, king Myvi baru-baru ini sekali lagi cuba mempertahankan takhtanya namun…