Op Mabuk: Pegawal Keselamatan ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

oleh SALINA JALIL|
Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Persiaran Utama, di Niali, malam kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ekoran dari kekerapan berlakunya kemalangan jalanraya yang melibatkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol, pada jam lebih kurang 8.00 malam sepasukan dua pegawai bersama enam anggota dari BSPTD Nilai yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai, ASP Mohd Hafidzal Bin Zainal Abidin telah menjalankan Op Mabuk di Jalan Persiaran Utama dalam Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

 

Dalam operasi tersebut pegawai dan anggota BSPTD Nilai telah membuat pemeriksaan dan melakukan ujian pernafasan ke atas pemandu-pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

test mabuk

 

Ketika operasi tersebut sedang dijalankan, anggota BSPTD Nilai telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dinaiki oleh dua lelaki bangsa India dan telah membuat ujian nafas menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu kenderaan tersebut kerana disyaki memandu kenderaan dalam keadaan dipengaruhi alkohol.

 

Hasil ujian nafas yang telah dijalankan dapati bacaan alkohol dalam nafas melebihi kadar yang dibenarkan.

 

Seterusnya saspek dibawa balik ke Balai Trafik Nilai untuk ujian selanjutnya menggunakan alat EBA. Hasil ujian dapati bacaan alkohol dalam nafas adalah 138mg/100ml. Saspek telah ditahan dibawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 untuk tindakan lanjut.

 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam operasi selama tiga jam bermula 8 malam itu sebanyak 24 saman turut dikeluarkan melibatkan 26 kesalahan.

 

“Dalam operasi ini, pemeriksaan kandungan alkohol menggunakan SD2 telah dijalankan terhadap dua pemandu dan salah seorang daripadanya yang memandu Mitsubishi Triton merekodkan bacaan 232mg/100ml.

 

“Suspek berusia 39 tahun itu akan didakwa dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, di Nilai semalam.

 

Ketika ini, undang-undang semasa membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah manakala had antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 50mg dalam 100ml, darah.

 

 

 

sumber: Bernama dan PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Berita Domestik
  Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut…