Op Mabuk: Lima pemandu mabuk ditahan

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan lima individu memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di daerah Petaling Jaya, Selangor pada 8 dan 9 Ogos 2020.


Dalam operasi yang dilakukan sejak Jumaat lepas, seramai 625 orang pengguna jalan raya dan 577 buah kenderaan telah diperiksa oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal fokus utama operasi dilaksanakan adalah membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

 

"Sebanyak 65 individu telah disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas manakala lima lelaki yang berumur lingkungan 22 hingga 48 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987", katanya lagi

 

 

 

sumber:PDRM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…