Op Mabuk: Lebih 1,200 pemandu ditahan sejak Januari sehingga 15 Jun

oleh Penyumbang Rencana 2|
Lebih 1,200 pemandu mabuk dan positif paras alkohol melebihi had ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi 507 Operasi Mabuk (Op Mabuk) di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga 15 Jun lalu.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata 1,236 individu berkenaan adalah daripada 14,949 pemandu yang diperiksa menerusi operasi berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kita menggandakan operasi serta pemeriksaan menerusi pelaksanaan Op Mabuk dalam usaha membanteras pengambilan alkohol dalam kalangan pemandu.

 

"Sebagai contoh, kita periksa 14,949 pemandu dari Januari hingga 15 Jun lalu, berbanding hanya 6,426 individu dalam tempoh sama tahun lalu," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.

 

Mengulas lanjut, Azisman berkata, pihaknya akan terus melaksanakan Op Mabuk setiap hari dan menggandakan operasi pada hujung minggu.

 

"Kami memandang serius mengenai isu pemandu mabuk dan akan menggandakan operasi terutama pada hujung minggu.

 

"Mereka yang didapati melakukan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh didakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…