OP Mabuk: Dua pemandu mabuk ditahan di Ipoh

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam satu operasi khas Op Mabuk di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh awal pagi Isnin lalu.
Modenas

 

Kedua-dua suspek ditahan oleh pegawai dan anggota dari Unit Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had yang ditetapkan.

 

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

 

 

 

sumber: PDRM

Add new comment

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Diadakan pada pagi Ahad dan bermula dari Kedai Kopi D.M.J Generasi ke-3 (D’Mara Ipoh), para peserta…
Informasi
  Namun terdapat sedikit 'kelemahan' dengan perkhidmatan mereka ini apabila anda perlu mengambil…
Berita Domestik
“Perkara ini merupakan satu inisiatif yang baik dan memang kerajaan ingin mensyaratkan kepada…