Op mabuk: 5 pemandu ditahan!

oleh SALINA JALIL|
Seramai lima individu ditahan kerana memandu dibawah pengaruh alkohol dalam 'Op Mabuk' yang dilakukan di lima lokasi berasingan sekitar Petaling Jaya, awal pagi semalam.


Dalam operasi selama tiga jam bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 308 pengguna jalan raya diperiksa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata semua individu yang ditahan berusia 41 hingga 49 tahun.

 

"Mereka ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan.

 

"Hasil tinjauan yang dilakukan sepanjang operasi ini mendapati masih ramai memandu dan menunggang di bawah pengaruh alkohol," katanya.

 

Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi berkenaan adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

 

"Semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Operasi seperti ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.

 

mabuk

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…