Op Lejang - JPJ sita 14 motosikal

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 14 motosikal disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam Op Lenjang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.


Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, dalam operasi terbabit, sejumlah 577 kenderaan diperiksa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 169 saman dan 83 lain-lain notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 14 motosikal telah di sita.

 

“Kesemua motosikal disita kerana didapati membuat pengubahsuaian motosikal bagi tujuan kelajuan. Kita yakin ubah suai yang dilakukan bagi tujuan lumba haram atau rempit.

 

“Tindakan penyitaan dibuat bagi memastikan pemilik dan penunggang motosikal mematuhi peraturan serta undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

 

Beliau berkata, Op Lenjang diadakan secara bersepadu bersama Cawangan Trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Pahang.

 

Jelasnya, beberapa lokasi tumpuan dalam operasi terbabit ialah Jalan Pantai Sepat dan Pantai Kempadang bagi daerah Kuantan, Kawasan Rehat Dan Rawat LPT bagi Daerah Temerloh, Hadapan Balai Polis Cheroh bagi Daerah Raub serta hadapan Stesen Penguatkuasa Paloh Hinai dan Bandar Tun Razak di sebelah Pahang Tenggara.

 

Sehubangan itu, Kamarul Iskandar menasihatkan supaya pemilik dan penunggang motosikal supaya mematuhi peraturan dan undang-undang berkuat kuasa.

 

Bagi sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Operasi di susur masuk Plaza Tol Senawang itu menyaksikan sebahagian penunggang motosikal…