Op Khas P-Hailing kesan rider yang gemar langgar lampu merah, tidak patuh SOP

oleh Mohamad Hanif|
Satu Op Khas (P-Hailing) telah dijalankan di daerah Shah Alam melibatkan tiga kawasan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Operasi tersebut dijalankan ekoran rungutan masyarakat terhadap pelanggaran undang-undang jalan raya oleh rider p-hailing seperti melanggar lampu isyarat merah, serta mengesan kesalahan jenayah di kalangan mereka.

Selain daripada itu, ia bertujuan untuk memastikan keselamatan kenderaan bagi pemandu/penunggang motosikal berada dalam keadaan baik.

Seramai 281 individu telah diperiksa melibatkan 72 buah kenderaan p-hailing, dengan jumlah saman yang dikeluarkan adalah sebanyak 164, dan 25 saman daripadanya dikeluarkan ke atas penunggang motosikal p-hailing.

Empat saman dikeluarkan di bawah Peraturan 17(3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 disebabkan gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan.