Op Khas Motosikal - Ramai penunggang motosikal tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kesalahan tiada cukai jalan dan lesen memandu paling tinggi direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak pelaksanaan Op Khas Motosikal, 1 November lalu.

Statistik setakat tujuh hari pelaksanaan operasi mega itu merekodkan 15,828 notis hasil pemeriksaan 59,116 motosikal di seluruh negara.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli  berkata sepanjang operasi dilaksanakan, pelbagai alasan diberikan penunggang motosikal antaranya tidak sempat perbaharui dan tiada masa untuk ambil lesen.

Dalam masa yang sama, pihak JPJ turut sita 282 motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ juga mengeluarkan 752 notis arah periksa dan beberapa notis lain.

Fokus operasi adalah lapan kesalahan utama antaranya tiada lesen memandu, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans dan melanggar isyarat lalu lintas.

Pelaksanaan operasi berkenaan susulan statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan maut secara bulanan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Dalam kes berasingan, JPJ sedang mendapatkan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai notis tuntutan yang dikemukakan seorang ahli perniagaan berhubung dakwaan hak cipta plat MADANI.

Kata Aedy Fadly, pihaknya akan meneliti apa tindakan yang perlu diambil.

Bacaan lanjut di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Daripada jumlah itu, 556 motosikal disita selain 14,269 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan…
Berita Domestik
Siasatan mendapati cukai jalan kereta dipandu lelaki 32 tahun itu tamat tempoh sejak 2019 dan dia…