Op Khas Motosikal: Cukai jalan, lesen 'mati' kesalahan tertinggi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan tertinggi dicatatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur sepanjang pelaksanaan Op Khas Motosikal di ibu negara sejak 1 September.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, setakat semalam sebanyak 65,042 diperiksa di ibu negara sepanjang operasi itu.

"Hasil pemeriksaan, JPJ Kuala Lumpur telah mengambil tindakan ke atas 7,307 motosikal.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"Daripada jumlah itu, 556 motosikal disita selain 14,269 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya pada sidang media Op Khas Motosikal di Plaza Tol Sentul Pasar di Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurutnya, tiga kesalahan tertinggi dicatatkan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh serta tiada insuran membabitkan keseluruhan 10,944 kes.

Katanya, tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1986 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, khususnya kesalahan yang menjadi punca utama kemalangan maut.

"JPJ menyeru dan mengalukan semua orang awam untuk melaporkan aduan berkaitan salah laku di jalan raya secara terus melalui aplikasi MyJPJ, e-aduan@jpj atau emel ke [email protected] berserta dengan butiran lengkap aduan," ujarnya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siasatan mendapati cukai jalan kereta dipandu lelaki 32 tahun itu tamat tempoh sejak 2019 dan dia…