Op Ambang Tahun Baharu 2023 - 17 motosikal disita

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook PDRM Pulau Pinang
Polis menyita 17 motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal yang dijalankan di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang di Pulau Pinang malam Jumaat.


Menurut polis Pulau Pinang menerusi hantaran di Facebooknya, operasi bersepadu melibatkan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang itu dilakukan bermula jam 9 malam tadi hingga 2 pagi Sabtu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

"Operasi dijalankan sempena sambutan ambang tahun baharu dan pihak polis menyita 17 motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di samping mengeluarkan 187 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

 

Kenyataan itu turut memaklumkan KPJ mengeluarkan 150 saman kerana pelbagai kesalahan, manakala JAS pula mengeluarkan Notis di bawah Sek 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Ujian Bunyi) terhadap 10 kenderaan.

Operasi itu yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zolkapli dan ia akan diteruskan hingga awal pagi Ahad dalam usaha membendung samseng jalanan dan kegiatan lumba haram.

 

 

- PDRM Pulau Pinang

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Fisol Salleh berkata, "Op ini melibatkan…