OnePlus 7T Pro McLaren Edition, sebuah McLaren yang muat dalam poket

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kepada yang mengimpikan kereta McLaren, boleh dapatkan telefon pintar OnePlus 7T Pro McLaren Edition dahulu. Telefon pintar ini adalah kerjasama kedua di antara McLaren dan OnePlus selepas OnePlus 6T McLaren Edition yang dilancarkan pada 2018.

Edisi terbaru ini bukan setakat tampalan logo sahaja, kedua-dua syarikat telah bekerjasama dalam memastikan reka bentuk, rasa dan operasinya menonjolkan kualiti jenama McLaren.

Di antara keistimewaan telefon pintar ini ialah kemasan warna papaya orange McLaren sebagai penghormatan kepada sejarah perlumbaan dan seperti yang digunakan pada kereta Formula 1 McLaren.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
OnePlus 7T Pro McLaren Edition

 

Satu lagi identiti istimewa ialah casing luaran telefon pintar ini menggunakan Alcantara® iaitu material yang turut digunakan pada kereta jalanan McLaren. Material itu tahan lasak dan mempunyai cengkaman bagus.

Berbeza dengan model biasa, telefon pintar ini mempunyai perisian istimewa McLaren iaitu grafik perlumbaan pada animasi, tema dan wallpaper.

Skrin kunci memaparkan jam dengan corak minimalis yang diinspirasi daripada instrumen tidak lapuk masa (timeless) papan pemuka kereta McLaren.

 

OnePlus 7T Pro McLaren Edition

 

Untuk notifikasi seperti mesej masuk dan sebagainya, bahagian bucu skrin akan memaparkan iluminasi lembut warna papaya orange.

Turut istimewa ialah ikon binaan khas yang hanya terdapat pada telefon pintar OnePlus 7T Pro McLaren Edition.

Dari segi spesifikasi, telefon ini dilengkapi pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 855 Plus Mobile Platform, RAM 12GB LPDDR4X RAM dan simpanan 256 GB, UFS 3.0.

Di United Kingdom, OnePlus 7T Pro McLaren Edition boleh dimiliki pada harga permulaan GBP£799 (RM4,343).

Penulis: Muhammad Md Tajudin