OnePlus 6T McLaren Edition kini sudah boleh ditempah di Lazada - harga RM3,388

oleh Mohamad Hanif|
Kita beralih sebentar kepada dunia mobiliti, di mana syarikat OnePlus kini dikatakan akan melancarkan sebuah peranti pintar OnePlus 6T Edisi McLaren tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut harga tempahan yang dipaparkan di laman web membeli belah dalam talian Lazada, peranti edisi McLaren ini sudah boleh ditempah dengan harga jualan sekitar RM3,388 dan para pembeli bakal menerima peranti masing-masing pada 21 Disember kelak.

OnePlus 6T McLaren Edition ini merupakan peranti pintar edisi terhad dengan penawaran yang menyerupai OnePlus 6T. 
 


Apa yang membezakannya ialah spesifikasi dalaman, di mana seperti McLaren yang memfokuskan kepada kepantasan, OnePlus 6T McLaren Edition ini dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas Warp Charge 30 yang memberikan kuasa ketahanan sepanjang hari dalam masa hanya 20 minit sahaja.

OnePlus 6T McLaren Edition ini dijana dengan sistem operasi Android Pie 9.0, cip pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 10 GB, dan storan sebesar 256 GB. 

Bagi keupayaan mengambil foto pula, peranti McLaren ini menggunakan sistem dwi-kamera 16 MP + 20 M, serta kamera hadapan 16 MP. 
 


Bagi mereka yang berkenan, bolehlah segera ke aplikasi mudah alih Lazada untuk menempah peranti idaman anda pada harga pengeras sekitar RM3,388 atas jalan tanpa insurans sahaja. 

Sumber: Amanz

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi identiti istimewa ialah casing luaran telefon pintar ini menggunakan Alcantara® iaitu…