OMP Racing beli Bell Racing!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar barangan keselamatan perlumbaan OMP Racing mengumumkan pengambilalihan sebagai pemilik syarikat pengeluar perlindungan kepala pelumba-pelumba sukan permotoran, Bell Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan gabungan kedua-dua syarikat ternama itu, OMP Racing dan Bell Racing masing-masing memutuskan untuk mengekalkan kedudukan fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta ibu pejabat masing-masing tanpa pembuangan pekerja. 

OMP Racing beribu pejabat di Ronco Scrivia, Genoa, Itali dan memiliki pusat penyelidikan yang bertempat di Miami, Florida, Amerika. 

Manakala Bell Racing pula memiliki pusat R&D dan fasiliti pembuatan di Sakhir, Bahrain, manakala di Amerika pula, ia bertempat di Champaign, Illinois; Speedway, Indiana; dan Mooresville, North Carolina. 

Menurut Presiden dan CEO OMP, Paolo Delprato berkata, "pencapaian ini merupakan satu titik yang sangat penting di dalam sejarah OMP selama 46 tahun, dan ia turut menandakan revolusi di dalam arena pembuatan komponen keselamatan sukan permotoran.

"OMP dan Bell adalah dua jenama ikonik yang penuh dengan sejarah inovasi!"