Olympic 2020 - Pemandu teksi Jepun jalani kelas bahasa Inggeris mudah

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum acara berprestij Sukan Olimpik 2020 (Tokyo Olympic) berlangsung, persiapan rapi sudah pun dibuat bukan sahaja oleh para atlit, malah sektor perniagaan utama di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sektor pengangkutan awam, khususnya industri teksi turut mempersiapkan diri bagi menyambut ketibaan pengunjung dari serata dunia. 

Antara yang dilakukan termasuklah menghadiri kelas bahasa Inggeris mudah yang ditujukan kepada para pemandu teksi yang diajar oleh sepasang guru dari Jepun dan warga Amerika. 

Apa yang diajar termasuklah beberapa frasa interaksi yang mudah seperti "keep the change", "thank you so much" ketika menerima bayaran. 

Malah, cikgu bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat turut menggalakkan mereka supaya mengulangi perkataan tersebut dengan kuat sebagai tanda berterima kasih kepada para pengunjung yang menggunakan perkhidmatan teksi. 

Sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2020, Japan Federation of Hire-Taxi Associations telah mengumumkan formula bagi mempersiapkan para pemandu teksi untuk menerima kehadiran pengunjung luar. 

 


Persatuan itu turut menetapkan sasaran lebih 9,000 orang pemandu teksi menghabiskan kelas bahasa Inggeris menjelang April 2020.

Apa yang mengejutkan, bilangan pemandu yang berjaya menghabiskan kelas tersebut meningkat kepada 16,000 orang! 

Menurut Takatsugu Kosuge, pengarah urusan persatuan teksi tersebut memberitahu, "kami tidak mahu pemandu teksi kami untuk tidak menghiraukan pengunjung asing.

Di peringkat yang lebih tinggi sebagai contoh, hanya pemandu-pemandu teksi yang memiliki kelulusan tahap tertinggi bahasa Inggeris sahaja yang dibenarkan untuk mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo.

Sumber: Japan Today