Oletha Coupe, guna enjin BMW, buatan syarikat baru dari AS!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Oletha Coupe
Oletha Coupe
Sekarang ini bukan sahaja anda boleh membeli kereta yang dikeluarkan dalam jumlah terhad malah kereta yang dibuat oleh syarikat baharu dengan idea tersendiri.

Sebagai contoh Smit Vehicle Engineering (SVE) yang beroperasi di Tennessee, Amerika Syarikat mempunyai sebuah model menarik iaitu Oletha Coupe.

SVE adalah syarikat kejuruteraan yang ditubuhkan pada 2019 oleh pasangan adik-beradik Kaess dan Willem Smit yang meminati BMW.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Oletha Coupe

 

Macam pernah nampak? Oletha Coupe diinspirasi daripada BMW Z8 dan menggunakan casis, rekaan asas suspensi dan stereng BMW Z4 E86 dengan panel badan baharu gentian karbon.

Walaupun diilhamkan daripada Z8, rekaan luar kereta ini dibuat dengan kemas, halus dan tampil elegan.

Jika bahagian luar berbeza daripada BMW Z4, dalaman kereta ini pula tampil berterus terang dengan menggunakan komponen Z4.

Bagaimana pula dengan enjin? Pada 2021 SVE telah pun mempertontonkan Oletha Coupe bernadikan enjin V8 dan kali ini mereka kembali dengan menawarkan enjin enam silinder.

 

Oletha Coupe

 

Pelanggan yang berminat mempunyai dua pilihan enjin BMW talaan SVE berikut:

  • S65 V8 4.4 liter 450hp+
  • S54 3.4 liter enam silinder 400hp

Di antara ubah suai yang dibuat pada enjin S54 ialah pancarongga (manifold) kemasukan gentian karbon dan enam badan pendikit berasingan.

Turut digunakan rangkaian injap lengan jumpelang (rocker arm) solid yang berputar hingga 8,000 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi manual enam kelajuan dengan nisbah pacuan akhir 4.10, tiga cekam dan pembeza gelincir terhad (LSD) jenis mekanikal.

 

Oletha Coupe

 

Berat kering kereta pula tidak sampai 1360 kilogram atau sekitar 45 kilogram lebih ringan berbanding model V8.

Kedua-dua model menggunakan casis sama dengan pembahagian berat 50:50. 

Menghentikan kereta ialah brek AP Racing dan SVE menggunakan suspensi KW boleh laras dua arah. 

Dari segi rekaan, model enam silinder menggunakan bonet baharu jenis rata manakala model V8 pula mempunyai bonet dengan bonjolan ala muscle car.

Karakter aerodinamik pula canggih dengan spoiler belakang kawalan elektrik.

 

Oletha Coupe

 

SVE turut menawarkan pengubahsuaian enjin tambahan dan boleh dibuat mengikut keperluan dan spesifikasi pelanggan.

Bagaimana pula dengan harga? SVE tidak menyatakan harga model enam silinder dan berdasarkan carian, Oletha Coupe V8 berharga AS$450,000 (RM2,091,600).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Oletha Coupe