Ole Christian Veiby juara APRC Johor

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ole Christian Veiby yang buat pertama kalinya menyertai perlumbaan rally di rantau ASEAN kini telah muncul sebagai pemenang Kejuaraan Rally Asia Pasifik di Johor yang berakhir semalam.

 

Walaupun beliau telah mengalami kemalangan yang teruk di Rally Finland dua minggu lalu, itu tidak menjadi penghalang untuk beliau beraksi pada pusingan kali ini dan muncul sebagai pemenang.

 

Beliau bersama pemandu arah, Stig Rune dari pasukan MRF menggunakan jentera Skoda Fabia R5 telah menang dengan catatan empat minit di hadapan rakan sepasukan, Gaurav Gill.

 

Hari kedua rali mempunyai enam peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan 77 km dengan cuaca yang baik sehingga tamat perlumbaan. Setelah menghadapi pelbagai masalah, Gaurav Gill yang memandu MRF Skoda Fabia R5 berjaya memintas masa Jari Ketomaan yang memandu Mitsubishi Mirage. Catatan perbezaan masa adalah 18 saat dan ia berjaya dilakukan pada perlumbaan terakhir iaitu SS14.

 

MRC

Michael Yong pula berjaya menduduki tempat keempat, Yuya Sumiyama kelima, seterusnya Sajay Takale di tempat keenam dan Robert Blomber di tempat ketujuh.

 

Penyampaian hadiah telah berlangsung di Litar Johor dan pusingan APRC seterusnya bakal berlangsung di Hokkaido, Japan pada pertengahan September nanti.