Oktoberfest: Kerajaan Jerman batalkan lesen 254 penunggang skuter elektrik mabuk

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu berita menarik yang hadir dari negara Jerman adalah isu berkenaan pemandu atau penunggang motosikal/skuter/skuter elektrik yang mabuk tatkala festival Oktoberfest berlangsung. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut berita yang dipetik daripada laman web Deutsche Welle, pasukan polis tempatan telah berjaya menangkap 414 orang penunggang skuter di bawah pengaruh alkohol.

Dan daripada jumlah tersebut, 254 orang penunggang dibatalkan lesen memandu mereka serta merta di tempat kejadian. 

Sementara itu, kira-kira 315 orang pemandu kereta ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan daripada angka tersebut, polis membatalkan 215 buah lesen memandu serta merta.

Pihak berkuasa Jerman nampaknya tidak memandang remeh isu memandu di bawah pengaruh alkohol, baik yang memandu kereta mahupun mereka yang sekadar menunggang skuter elektrik. 

Kami di Careta sekadar mahu mengingatkan anda, jangan sesekali cuba memandu atau menunggang motosikal/skuter di bawah pengaruh alkohol. 

Sumber: Autoblog