Ofo hentikan operasi

oleh HEZERI SAMSURI|
Platform perkongsian basikal, ofo sudah mengehntikan operasi mereka di Malaysia selepas setahun dilancarkan di Melaka.

Menurut siaran akhbar dari ofo, syarikat itu mahu menumpukan perhatian kepada negara-negara Asia yang lebih utama untuk perniagaan mereka - Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semasa pelancaran di Melaka tahun lalu, ofo merancang untuk mempunyai 2,000 unit basikal  dan mahu membantu kerajaan untuk menjadikan bandar-bandar Malaysia sebagai wilayah teknologi hijau menjelang 2020.

Harus diiingatkan bahawa perkhidmatan perkongsian basikal oBike masih beroperasi di Malaysia.

Seperti yang kita tahu, kerajaan baharu atau lama masih hijau akan teknologi hijau kerana sistem pencukaian sendiri masih menggunakan saiz kapasiti enjin dan bukan kadar asap.

Walaupun ada usaha untuk mempromosikan kenderaan EEV, namun pembeli hanya tertarik kerana harga kenderaan yang lebih rendah.

Tidak ada ganjaran lain selain dari itu untuk mereka yang mahu menggunakan kenderaan mesra alam seperti EV.

Semoga pihak kerajaan dari pelbagai kementerian sedar dan bangkit segera sebelum Indonesia dan Thailand memintas Malaysia dalam usaha menjadikan negara kita lebih hijau.