OEM Malaysia terima Biodiesel B10 - MARii

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebanyakan pengeluar automotif Malaysia termasuklah pengeluar jenama Eropah bersepakat bahawa penggunaan biodiesel B10 tidak memberikan impak negatif kepada kenderaan. 

Menurut CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Dato' Madani Sahari berkata agensi tersebut telah menerima sokongan daripada pengeluar OEM untuk terus menggunakan campuran 10 peratus biodiesel dan 90 peratus diesel. 

"Kami juga akan membantu mereka untuk memahami keberkesanan penggunaan minyak sawit di dalam campuran biodiesel, ini sama seperti apa yang dilakukan di Eropah menggunakan minyak biji kapas dan minyak biji merah," ujar beliau selepas menandatangi memorandum MoU antara MARii, Altair Inc dan ORS Technologies Jumaat lalu.

Tambah Dato Madani lagi, MARii kini bekerjasama dengan Kementerian Industri Utama dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengkaji aplikasi holistik biodiesel dalam industri automotif. 

"Kami juga akan bekerjasama dengan pengeluar kereta termasuklah Eropah untuk pusat R&D baharu ini.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir berkata negara mungkin akan mengharamkan beberapa produk daripada memasuki EU sebagai tindak balas terhadap undang-undang anti minyak kelapa sawit yang bakal dibentangkan di Eropah seawal Mei ini. 

Sumber: The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat, ke stesen-stesen Petronas…
Informasi
  "Selain itu, pihak MPOB juga mengadakan kerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kesemua minyak terpakai yang dikumpul diperoleh menerusi pelaksanaan program 1…